Aku duduk termenung. Rasa seperti diperhati si makhluk Allah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kadang kadang aku bingung. Bila duduk sorang. Sepi. Sunyi. Otak aku kosong. Mula lah masalah cuba merogol minda. Ya. Manusia biasa takkan terlepas dari sezahrah masalah sekalipun. Rasa macam nak campak diri kat jerung kena makan dan..hilang. masalah hilang dengan aku sekali hilang. Bangang apa aku tulis macam ni? Abaikan. Kalau nak tahu, aku setiap hari mencuba. Bukan mencuba dadah atau suntikan. Atau cuba jadi gadis kelab yang takde mase depan yang cerah. Tapi cuba cari jalan untuk selesaikan semua masalah. Otak aku kadang ligat menyusun strategi. Tapi strategi tu macam susah bagi aku. Tapi at least aku cuba. Dah nampak kan matlamat hidup aku sebenarnye macam mana kan?
Aku cuba jadi manusia normal yang berfikir di luar kotak. Tapi, apekan daya. Aku tak mampu. Bukan tak mampu macam OKU. Tapi aku tak sebijak atau seberani manusia luar biasa kat dunia luar sana. Kalau nak cerita masalah,itu dah mengaib kan diri sendiri. Cukup lah sekadar aku je yang tahu apa yang aku alami. Dengan masalah si 'manusia kejam' aku tu yang selalu menghantui setiap detik perjalanan hidup aku. sebenarnya die takde lah mengganggu hidup aku 24 jam 7 hari seminggu. Aku saja propa. Nampak ayat hiperbola aku tu kan. Touch up bagi sedap. haha.
Pokok dan akar nya, aku nak sampai kan bahawa aku setiap hari mencuba. Mencuba menjadi anak yang rajin. mencuba menjadi anak yang baik dari segala aspek kehidupan. mencuba menjadi anak yang adil dan saksama. mencuba menjadi anak yang sentiasa menghormati ahli keluarga dan kedua orang tua. mencuba menjadi kakak yang sayang kan adik adik dan menjadi adik yang sayang kan abang dan kakak. mencuba memberi layanan yang sama rata tanpa pilih bulu atau berat sebelah. mencuba untuk tidak berdendam. mencuba untuk melupakan. mencuba untuk memaafkan. mencuba untuk membenci perlakuan si manusia kejam. mencuba menjalani kehidupan seperti biasa. mencuba untuk menjadi anak bangsa yang berguna untuk negara. mencuba memberi tahu dunia yang aku sedang MENCUBA.
End
0 orang mintak kaki:
Post a Comment