Online Diary Simplest Deeply Thought♥ : Perempuan kan memang macam tu. . .
You say I dream too big. I say you think too small.

Perempuan kan memang macam tu. . .

Bila bosan menguasai diri, mula jari nakal ni cuba mencoret carutan sopan kat sini. Sedang aku dalam posisi single mingle, alam 20-an ni, mula lah aku ni nak di calon kan dengan pelbagai orang dan manusia. Ape kau ingat orang dengan manusia tu tak sama ke Fiee? Abaikan carutan tak masuk akal yang tadi. 
Okay lah. Kita terus lurus kepada niat sebenar aku. Kecewa. Engkau orang penah kecewa? Tipu kalau kau kata tak pernah. Sebab kita ni manusia biasa yang tak de kuasa luar biasa untuk halang rasa yang pelbagai macam. Kehinaan apakah ayat aku ni. Bahasa Melayu macam tunggang langgang. Al-maklum, aku dah tinggalkan sekolah hampir 3 tahun lama nya. Dan bila masuk Universiti, xde lagi subjek bahasa melayu yang aku belajar. Takde lagi cikgu bahasa Melayu aku yang garang tapi awesome dan handsome bergaya. Apa yang ada subjek subjek pembinaan. Batu bata, simen, pasir, besi, bangunan besar, bangunan kecik dan sebagai nya. All in English. tapi, bahasa menunjukkan bangsa apa. Aku masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Aku bukan lah manusia kejam yang lupa daratan, yang merosak bangsa. Bukan bukan bukan. Aku anak muda harapan bangsa. Yeah !
Okay lah. Jangan mengarut jauh menyimpang sampai ke Teluk Kerang ye. Teluk Kerang kat mana? Aku pon xde kepastian. Biasa lah tu. Perempuan katanya x pandai baca peta. Pasal kecewa tadi. Ya. Aku kecewa dah lebih 150 juta kali barangkali dan aku tipu je sebenarnya. Entah berapa kali kecewa tak pasti. Tapi yang pasti aku pernah rasa kecewa, dikecewakan dan mengecewakan. Yelah. Aku perempuan pulak kan. Lagi lah emosi terlebih lebih macam gula pasir tumpah dari bekas. Orang kata "biasalah tu perempuan,emosi lebih". Kaum Hawa sifat nya memang macam tu. Mudah terluka. mudah terasa. mudah kecewa. hatinya kan macam tisu nipis atau mungkin macam sel kulit bawang yang entah berapa milimeter tebal nya. usik sikit, koyak. nangis. pedih. 
Tapi apakah daya. bersabarlah. Sebab mungkin kita masih sedang diuji oleh-Nya. akan ade yang terbaik dan yang lebih baik dari mereka yang mengecewakan tu. 
End
Nota mati
Aku sebenarnye nak cerita pasal bakal bakal "doktor UK" dan "doktor Mesir" yang aku cerita kat twitter dan bakal aku kenal nanti. takpe. esok lusa aku cerita sebab aku xde banyak maklumat pasal mereka. tu calon dari mak uda. jangan banyak tanya kalau tak nak kena lempang. sekian.

I'm Maybe Not Awesome But Enjoy Reading

2 orang mintak kaki:

  1. yupe...perempuan memang macam tu..emo saje lebih...hehe

    ^^

    ReplyDelete
  2. Owner: Yezza. tepat sekali. so, lepas ni keep cool je. kawal emosi. segalanya ok :)

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen