Sedang rumah kosong ditinggalkan sepi oleh mereka, aku duduk melangut keseorang di ruang kecil yang pada kebiasaan nya di panggil sarang. Apa yang aku maksudkan bilik aku. Rasa macam nak hempuk kepala kat dinding sebab begitu hina nya tempat untuk aku bergelumang dipanggil 'sarang'. Tatkala perut menjerit pekik meminta secubit makanan, aku bingkas bangun keluar rumah untuk membeli sebiji burger yang entah tak tahu kesedapan nye macam mana tanpa cheese kegemaran aku. Tak berfikir panjang aku beli je burger tu sebab perut aku lapar ibarat ada janin seperti menendang-nendang sakit perut ini.
Entah kenapa aku mencarut sedemikian panjang nye hanya untuk men'describe' perut yang lapa. Okay, berbalik kepada tajuk entry kali ini. Apakah 'permulaan' yang aku maksud kan. Mungkin 'permulaan' itu mendefinisi kan pelbagai maksud bagi setiap manusia di ceruk dunia. Seperti bayi yang sedang belajar bertatih sebagai 'permulaan' langkah baru. Atau seperti kanak kanak yang cuba menunggang basikal sebagai 'permulaan' bermain. Dan barangkali ianya untuk menceritakan 'permulaan' perjalanan kehidupan seorang yang yang cekal hati nya apabila hati nya digilis gilis oleh sesetengah manusia kejam. Ya.
Sedang hari berganti hari. Apabila hari Isnin membunuh hari Ahad sebelumnya yang tidak bersalah. Dan seperti berikut nya, kepada hari hari yang lain saling membunuh untuk menjadi hari yang pertama sedangkan tak sedar mereka hanya seperti roda. berputar tanpa sedar. Aku cuba berlagak kuat seperti badang selepas kejadian itu. Ya. Aku kuat. Bak kata seorang anak lelaki yang menggelar aku 'si gadis kental', hanya Tuhan saja yang tahu isi hati aku yang sudah hancur ibarat kaca yang dipukul hancur.
Untuk kau yang aku gelar manusia kejam. Di permulaan ini, aku menyusun sepuluh jari yang tidak bersalah memohon kemaafan. Tatkala aku bergembira di minda separa sedar semasa dengan kau, konon nya aku sedang mencipta 1001 kenangan bersama. aku terlupa yang manusia ni hanya seperti menanam tebu di tepi bibir. aku terlupa aku hanya bergembira di minda separa sedar. aku diperbodohkan, seperti anak kecil yang masih jahil untuk berfikir. kau tipu aku. Janji tinggal janji. Harapan menjadi layu dan palsu. Segala gala nya musnah bila muncul nya orang ketiga. Mungkin aku dipebodohkan. Kau manusia kejam, tak fikir panjang terus terasa hebat dengan diri. gah dengan paras rupa. riak dengan harta. bangga dengan segalanya.
Mungkin aku pon macam tu. Tapi...
Bila aku mngucapkan 'tapi' kau seolah menyalah kan aku. dan kau menganggap aku pulak yang sering menyalah kan. dan kau sering rasa diri dipersalah kan. apa apa pun, semua nya dah berlalu. aku mula rasa muak. Ya. Permulaan untuk membenci dan melupakan. Muak dengan semua nya. Janji manis yang palsu. Meluat dengan cerita kehidupan kau yang konon nya kau bakal dan akan mencipta keindahan bersama dia. Berhenti lah mencipta angan angan palsu yang tak nampak kesudahan. Kejar lah cita cita. Buat lah orang tua kau bangga, bukan dengan apa yang kau ada atas pertolongan orang tapi atas usaha sendiri.
Sedarlah manusia kejam..
End
0 orang mintak kaki:
Post a Comment