Online Diary Simplest Deeply Thought♥ : Pesta Futsal SAKTI 5th Edition
You say I dream too big. I say you think too small.

Pesta Futsal SAKTI 5th Edition

Assalamualaikum uolls. Semalam [maksud aku hari Sabtu] telah berlangsung Pesta Futsal SAKTI kali yang ke-5 anjuran Prasasti Sekolah Menengah Sains KotaTinggi. PFS 2014 diadakan di KSL Sports Futsal Centre, Puchong. Amboi, skema nya ayat aku. Untuk sedapkan ayat permulaan macam ni la. Sebenarnya, PFS ni dah 5 kali setiap tahun telah dianjurkan. Orang kuat PFS ni is Wan Ghani. Die memang orang paling bertanggungajwab untuk event ni. Big thanks to Wan Gan. Kalau xde die, tak gerak la aktiviti Prasasti ni.
Belanja sikit gamba Wan Ghani
Sama macamtahun lepas, PFS ni start daripada pagi sampai lah lepas maghrib. As aku pon baru kali ke-2 join PFS ni. It's just awesome guys. Dapat jumpa kawan-kawan, juniors, seniors, super-seniors and supersupersuper seniors. Gila. Bayangkan ada lebih kurang 13 batch start dari batch SPM 2000 sampai SPM 2013. Ramai gila kot. Dan para senior yang datang pon mostly ada yang dah berkahwin, bawak anak bagai, bekerjaya. Sangat lah awesome ! 
Owner jersey 64
Last year, aku dilantik dengan cara 'bidan terjun' oleh Wan Ghani untuk jadi uruestia sementara sebab batch aku antara yang terawal sampai kat court tu. That time memang xde girls and Wan Ghani mmg berharap aku and Fitri dapat tolong die hal-hal pendaftaran ahli-ahli baru Prasasti and collect sekali dengan yuran keahlian. Yeah, penat.
This year, suppose aku jadi urusetia tapi sebab aku like x sure dapat pergi or tak aku memang x bagi feedback pape. But, Anep pon ada mention aku untuk tolong Wan Ghani aku jadi dilemma and aku senyap je x bagi pape respond sebab mind set aku memang tak pergi PFS ni. Wahahaha. Tapi sebab pujukan kawan aku sorang ni, Fasihah, aku termakan. Aku pon kebetulan memang ada balik Johor so aku mintak izin Ibu apa-apa semua and yes aku pergi :). 
Masa kat court tu berselisih jugak dengan Wan Ghani and he said "eh, Afifah Rosli, tak nak tolong jadi  urusetia ke?". Aku terkejut jugak panggil nama aku sekali dengan bapak aku. Sorryla Wan Ghani memang xnak. Jadi urusetia memang boring sikit. Haha. Tapi xpe lah. Ade je senior perempuan yang tolong die dengan sorang dua budak batch aku. And everything went so good.
Futsal kali ni memang meriah, and budak pon hebat-hebat sebab kalau mengikut analisa aku, perlawanan antara batch memang sengit-sengit belaka. Like seriously wey ! Budak makin hebat. And this year, batch aku dapat hantar sekali 4 team ikut kehebatan masing-masing. Memang hebat lah. Sepanjang perlawanan aku kerja jadi tukang sorak, pompom girls and water girls. Cis. Tapi okaylah. It's just awesome.
This year, batch aku sekali lagi meraih Johan Keseluruhan PFS. Bapak aa, hebat tak hebat la kan. Kejap, aku belanja gamba sikit.
7 bungkus hamper milik batch SPM2010
Team A
Team B
Team C
Team D
Antara gegirls yang setia jadi pompom girls and watergirl
Juara

I'm Maybe Not Awesome But Enjoy Reading

0 orang mintak kaki:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen