Hariku, harus dipenuhi dengan senyuman mu, cintaku.
Helehh, nyanyi bagai. Padahal aku tengah runsing serabut ni. Seriously aku cakap. Kau penah rasa runsing macam aku rasa tak? Sebenarnya xde ape pon yang nak dirunsing kan. Bak kata kawan aku "rilek la semua benda boleh settle. Ikan kalau lemas dalam air pon boleh settle". Amboi kau, sembang 'kalau' memang la. Gajah pon boleh masuk dalam freezer. Aku bole rilek, tapi rilek aku..rilek rilek yang ade runsing sikit. Paham? Okay, tak paham abaikan. Aku pon tak tahu nak describe macam mana. Biase la aku umur baru 20 kot. Umur setahun jagung orang kata. Ape benda yang nak dirunsing kan tu Fie? Lahaii.. chill sudah la kan. Baru 20 kau buat cool je la. Kau runsing pasal ape cuba kau story sikit.
Ha, gini. Sebenarnya aku nak balik Perak dah ni. Nak menghabiskan sisa sisa kehidupan aku kat sana. Orang kata final year gitu. Hmm, banyak la kau punya final year. Final sem kot. Tak payah nak membongak la Fie. Okay, runsing kan? What? Kau tak nampak lagi kerunsingan aku? Dem. Gini ahh senang cerita. kau tahu tak kalau nama nya FINAL tu memang boleh buat orang runsing macam boleh pecah kepala otak kalau fikir. And kalau lobak merah kau tenung pon boleh jadi sup lobak. Haa, nampak tak aku punya runsing tu macam hiper gila. Okay, lawak sangat. Yela, nama pon final. Mesti lah rasa takot kan? Subject mesti macam susah je, macam susah je, macam banyak je. Haa tahu takpe.
Ala, rilek brader. Hekhek, kau runsing cemana sekali pon, kau cakap tak nak balik Perak blabla tu semua nanti kau lalui jugak, kau balik jugak sana. Alaa rilek la. Benda bole settle la. Tak payah buat benda jadi complicated sangat la. kau runsing jangan buat benda tak elok pulak. Setakat runsing sebab fikir kena blaja tu semua perkara normal lah bagi student macam aku, macam kau. Bukan nya benda ni buat serabut macam kau kena fikir buat pelan rumah untuk perdana menteri pon. Rilek la. Kau bukan arikitek Fie, paling runsing pon kau kena jadi QS je. Hahahaha. Bongok, jadi QS tu bukan macam pembuat choki choki kau tahu. Dah macam mangarut sangat pulak aku ni haa.
Okay lah, aku rasa aku ni macam chipsmore pon ade. macam tak tetap pendirian pon ade. Kejap publish post, kejap senyap je. Kejap post panjang panjang. Kejap post pendek pendek. Kejap bahasa Melayu. kejap bahasa Inggeris. Eh, suka hati aku la. Tak guna khidmat jari jemari kau orang pon. And lagipon aku pakai laptop aku,bukan laptop kau. Hihiks. Jangan mudah terasa.
Note : Jangan runsing, Allah ade.
all the best in your final sem ;) no more last min work tau.
ReplyDeleteFaezah : Yeah, thank you. Last min work, not again :)
ReplyDelete