Online Diary Simplest Deeply Thought♥ : Hobi baru tapi sakit :(
You say I dream too big. I say you think too small.

Hobi baru tapi sakit :(

Assalamualaikum,
Entry kali ni pasal hobi baru aku, main bowling :)
Bowling ni sebenarnye ape eh? Okay, ni ade sikit lah info pasal bowling.kalau nak tahu..
"Boling merupakan antara olahraga yang tertua. Kewujudannya telah bermula seawal 7000 tahun yang lalu dengan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain boling di kuburan-kuburan tua Mesir Kuno.  William Pehle, Seorang ahli sejarah Jerman, mendakwa permainan boling bermula di Jerman sekitar 300 AD. Di Jerman, permainan ini merupakan satu upacara keagamaan untuk menentukan kewujudan dosa pada seseorang. Dalam upacara ini, seseorang yang dipersalahkan dikehendaki untuk membaling batu atau sebiji bola yang tertuju pada 9 tongkat kayu yang dikenali sebagai keglers. Sekiranya semua keglers ini jatuh bererti kehidupannya bersih.  Permainan ini kemudiannya diperkenalkan oleh para biarawan Jerman kepada "masses", kemudian berkembang sebagai adat untuk ujian untuk menguji kepercayaan seseorang."
sources : Sejarah Bowling
Kalau dulu bowling ni salah satu upacara keagamaan, sekarang bowling dah jadi satu hobi atau aktiviti kita kan. Kalau nak tahu lebih lanjut klik kat Sejarah Bowling tu okay :). Technically,

"Tenpin bowling berasal dari Amerika Syarikat. Nama Tenpin bermaksud 10 pin adalah tambahan dari permainan 9 pin bowling yang diharamkan kerana dikaitkan dengan perjudian. Dengan mengubah peraturan permainan dari 9 pin ke 10 pin, larangan ini telah diatasi. Kiranya macam bukan melanggar peraturan tapi membengkokkan peraturan itu."

So, maksud nye dulu asal nye ada 9 pin je lah kan. kisah nye :). Banyak lagi info pasal boling kalau nak tahu. korang guna lah khidmad pakcik Google tersayang okay.Lagi satu, korang semua main bowling tahu tak cara kira marks ? ahha, tak tahu eh? sama lah kite. main pakai baling je kan. tak tahu cara kira macam mane. jujur je lah kalau tak tahu sebab aku pon baru tahu sebenarnye :P. kalau nak tahu macam mane kira markah untuk bowling klik kat SINI
Tips-tips main bowling pulak ade banyak sebenarnye. Cari lah kat pakcik Google. tak payah guna pakcik Google pon korang dah tau tips nye kan. 
p/s : aku sakit badan main bowling ni sebenarnye. sakit2 pon enjoy :P
Wassalam.


I'm Maybe Not Awesome But Enjoy Reading

0 orang mintak kaki:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen